U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Lorong Kenangan (3)

Saturday, September 26, 2009 by , under

Semalam, petang sebelum aku & adik ikut teman ibu beraya di rumah teman dia, aku dikejutkan dengan tetamu yang bukan tak di sangka. Dua teman baik aku waktu belajar arab di Bugisiah dulu, datang tunjukkan muka. Kedua2nya aku suka panggil sahabat waktu belajar zaman sekolah menengah dulu sebab hanya dua mereka yang selalu banyak kongsikan rasa suka & sepi aku.

Cuma jumpanya kami kali ini sudahlah tak semesra dulu-dulu. Aku bukan tak suka cuma janggal juga. Apalagi aku & salah satu darinya ada sedikit masalah peribadi sebelum dia bertolak sambung ngaji di Mesir. Aku suka, tidak2nya thers still ada dari kalangan mereka yang ingatkan aku.

Aku bukan pelajar yang pandai waktu zaman sekolah dulu. Bukanlah juga yang terbaik sekolah. Aku bukan pelajar favorite sekolah. Jauh sekali menjadi pelajar cemerlang. Tahun pertama aku di sana, aku diletakkan di kelas pertama. Masuk tahun ke dua aku jatuh di kelas ke3. Ya, aku tak pandai. Bukan tak pandai cuma serasa aku, aku bukanlah dibekalkan dengan otak genius untuk memahami ilmu2 tinggi. Aku dah berusaha, tapi aku selalu tak bernasib baik. Tapi tak apa2.

Sejak tahun dua hingga tamat ngaji tingkatan lima di Bugisiah, aku tetap tinggal di kelas Maliki. Tidak naik ke Nawawi, jauh sekali kelas pertama Syafie, tak juga jatuh ke kelas bawah; Hambali, pun bukan di kelas terakhir; Nasa'ie. Sepanjang lima tahun aku ada di sana, aku ada di tengah2. Terlalu hebat pun tidak, terlalu jatuh pun tidak tapi dunia Bugisiah ajar aku macam2 perkara.

Macam2 perkara buruk baik aku lalu di sana. Dari sehebat2 perkara seperti dua kali pemenang pertama Pidato Bahasa Inggeris Ihtifal Sekolah-sekolah Arab Negeri Johor [2002&2003] sehinggalah pada seburuk-buruk perkara seperti dilucut jawatan dari jawatankuasa tertinggi pengawas [yang waktu tu aku pegang Lajnah Kebajikan]. Dua2 kejadian ini banyak ajar aku jatuh bangun dalam kelompok aku sendiri.

Aku diangkat semua warga sekolah waktu aku menang Ihtifal [waktu tu sekolah tak pandang aku tapi hanya mengharapkan Nasyid yang akan pulang dengan hadiah utama. Las2 nasyid pulang dengan tangan kosong, tapi aku bawa balik piala utama]. Aku dipilih untuk jawatan itu, jawatan ini, pengurusi itu, pengurusi ini. Urusetia itu, urusetia ini. Biarpun ya, aku dikelas pertengahan, tapi aku bergaul dengan mereka2 di kelas pertama & kedua.

Sampailah satu masa, ada perkara yang buatkan aku yang sedang duduk selesa di atas, jatuh ke bawah [ceritanya tak payahlah dikisahkan] zaman2 akhir aku di Bugisiah tergambar dengan buruk dan bukan istimewa. Bukan calang-calang cabaran yang aku lalu. Sudahlah dilucut jawatan, ditarik keistimewaan itu, ini. Perlantikan aku jadi Pengerusi Persatuan Bimbingan & Kaunseling dipersoal di Majlis Guru. Ada sedikit kecil hati aku pada sesetengah cikgu yang mencucuk guru penasihat persatuan aku supaya aku digugurkan. Ya, mereka berjaya. Sampailah hujung tahun 2004, memaksa aku hanya jadi warga biasa di kalangan mereka.

Aku bergaul dengan mereka2 dari kelas Hambali & Nasa'ie. Bahkan aku juga bergaul dengan mereka2 di kelas aku sendiri yang jarang-jarang aku kenali. Jatuh bangun di sana hanya sebahagian cerita. Dan sekarang aku sedang mendaki anak2 tangga di dunia luar. Jalannya lambat2 sekali tapi aku yakin akan sampai ke atas.

Aku mahu tinggalkan cerita2 di sekolah lama. Sejak kali terakhir aku langkah keluar waktu tamat tingkatan lima, aku dah ikrarkan dalam hati. Jangan di ingat apa2 dan sesiapa di sini. Aku mahu tinggalkan semua. Aku tak mahu ingatkan kisah2 lama. Kisah2 kejayaan aku dan zaman kejatuhan aku.

Sampailah hadirnya dua sahabat aku dulu, semalam. Semua kenangan2 aku, dia dan mereka keluar satu2. Mereka datang pesankan aku, esok [hari ni] ada majlis Alumni di Bugisiah. Aku diminta datang. Tapi ya, ternyata aku masih serupa. Hati belum terbuka untuk pulang ke sana. Aku mungkin tak sehebat bekas2 pelajar mereka yang lain. Tapi aku tak kecewa. Aku mungkin belum kecapi apa2 but im living in my own class. Not that high but Xclusive.

Aku masih duduk diam di rumah, pandang berderet piala2 yang pernah aku genggam dulu...

Lalu kenangan pun beroleng-oleng...



| edit post

3 Reply to "Lorong Kenangan"

Tunjuk Bintang on September 30, 2009 at 1:09 PM

aq disini tertarik dengan blog yang begitu rileks... "... dan kisah2 dari kerlingan matanya" ada kata2 yang menusuk kalbu...

 

Yazmin on June 14, 2011 at 6:11 PM

This comment has been removed by the author.  

Yazmin on June 14, 2011 at 6:12 PM

awak ni umar uzair?