U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Degilnya si Aku 1

Sunday, July 12, 2009 by , under

Jatuh cinta bererti membenarkan hati menggelongsori rasa sakit, benci, dendam dan rindu. Jatuh cinta bermakna membenarkan jiwa kekal meronta dilambung rasa gila bayang atau dikhianati, bakal ditinggalkan atau apa sahaja.
Yang pasti aku sedang mengizinkan hujung hati aku terusan digantung dan melalui semua ini. Aku pernah terasa serik. Sakit sekali kalau sedang merasa seperti sekarang ini. Tapi kenapa aku tetap mahu teruskan pada dia yang entah miliknya aku atau tidak?
Hey Aku!
Kau bakal disakiti lagi!
Tapi kau tetap degil!
Kau memang degil!
Ya!
Aku sangat degil!



| edit post

1 Reply to "Degilnya si Aku"

Anonymous on July 30, 2010 at 9:45 PM

boleh x saya nk publish degilnya ak nie kat yahoo pulse sya???