U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Mengepak (0)

Thursday, July 16, 2009 by , under

Entah macam mana mahu aku abstrakkan perasaan aku dalam bentuk perkataan. Untuk tempoh dua bulan yang berlalu, aku menyusur beribu cerita. Indah dan tidak, suka dan sedih, benci dan rindu, besar dan kecil. Semua aku merasa dalam tempoh tidak lebih 60 hari ini. Dan how i am so thankfull sebab dapat merasai ini.
Yang baik atau yang tidak, aku selalu yakin, semuanya yang terjadi memerlukan aku berfikir. Kalau tidak mendalam pun, sekurangnya aku belajar untuk bersyukur.
Sedar dan tidak, esok dah aku pulang semula ke Kuala Lumpur. Entah kali ini apa pula cerita yang mahu aku olah. Betul, aku sungguh tak mahu pergi terlalu jauh dalam kehidupan belakangan ini. Aku hanya mahu jalani hidup yang biasa-biasa. Tapi keliling aku seperti menarik kaki aku, masuk, disuruhnya masuk lagi ke dalam. Justeru aku mabuk dengan kehidupan dunia. Biarpun terlalu indah tapi cukup pahit.
Aku cuma sedang menunggu seseorang yang bole bikin aku melekat diam...
Aku sudah jumpa, tapi serasa belum...



| edit post

0 Reply to "Mengepak"