U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Sang Sepoi 1

Thursday, April 23, 2009 by , under

Hey fellows,
Sorry banyak diam sekarang. Nak kata busy pun tidak. Cuma mood aku banyak lari. Banyak benda yang memeningkan aku kebelakangan ni. Sebetulnya jalan hidup aku biasa saja cuman jiwa aku sekarang banyak beremosi dengan sesuatu yang sangat aneh. Terlalu aneh. Aku fikirkan tentang tujuan hidup aku. Kenapa aku ada atas bumi. Aku fikir tentang kejadian yang berlaku di keliling. Aku fikir terlalu jauh sampai aku tak pasti samada ini antara proses yang berlaku di alam remaja ke dewasa atau entah apa. Pokoknya aku pening dengan laluan hidup aku.
Tadi dalam kelas drama, Tn Haji ajarkan tentang manusia yang lalui 3 proses sosial. Proses sosial kanak-kanak, sosial remaja & sosial dewasa. Katanya manusia paling suka melalui proses sosial remaja kerana banyak kenangan manis ada didalamnya dan setiap manusia impikan untuk patah semula ke alam remaja.
Ya, aku setuju tapi lebih banyak yang aku tak setuju. Aku tak setuju tentang proses sosial aku yang indah. Zaman remaja aku tak indah. Zaman remaja aku penuh kacau. Kucar kacir. Banyak perkara yang salah sudah aku buat dalam proses sosial remaja sepanjang ini yang tak akan mungkin aku dapat ubah.
Akhir2 ini jiwa aku banyak rasakan perkara negatif. Kesal, benci, kecewa tentang hidup sepanjang dua puluh setengah tahun yang lalu. Proses remaja ini sedikit sedikit membawa aku pergi jauh. Betul aku dah jauh dalam dunia penuh dosa. Dunia aku penuh tipu daya muslihat yang tak pernah berakhir. Dunia aku penuh dengan kata jahat yang selalu mendesak aku masuk lebih dalam. Dunia aku penuh dengan pura-pura yang menyuruh aku tipukan diri sendiri. Dunia aku semakin terbuka dengan benda yang aku tak tahu kenapa didatanginya.
Aku bencikan proses yang dilalui selama ni. Aku bencikan perasaan yang dikasi pada aku. Tapi perlu atau tidak, aku rasa kesal pada benda yang dah jadi?
Dalam usia yang baru terinjak dua setengah dekad ini, aku tak pasti samada sampai bila aku akan terus lalu jalan kotor begini sebab mereka selalu mahu dan makin mendekati aku. Aku pernah jauhkan diri dari dunia yang salah ini tapi aku selalu kalah. Yang pasti aku tak akan mampu patah ke belakang untuk membersihkan rohani dari perkara ini walaupun itu yang paling aku mahukan. Aku cuma perlu terus lalu kehidupan yang berbaki ini dengan perlahan-lahan walaupun aku tahu aku akan lalui benda ini dengan satu tempoh yang lama.
Allah..
teguhkan aku..



| edit post

1 Reply to "Sang Sepoi"

lufisaini on April 25, 2009 at 5:40 PM

hello pujanggabujanglara
setiap yang dijadikanNYA bersebab

the more u complain bout urself the more bad things will come to u

in this short life there are many great thing waiting for u to be explored

accept it as an UJIAN from Him n live ur life to the fullest

a lot of children are suffering from war, famine, HIV but they keep fighting for their survival

close the black book n write a new n beautiful chapter in ur life

i know u can do it as long as u BELIEVE in urself

your reader,
lufisaini