U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Pernikahan Sulit part 19 (6)

Friday, May 09, 2008 by , under

Bibir terketap.

Dua tangan jatuh.

Bola mata membesar.

Kerongkong telan liur.

Menggeletar beberapa detik bila tubuh aku antara sedar dan tidak dirangkul lelaki yang aku tak pernah bayangkan akan ada di sini. Kiri kanan orang biarpun tidak ramai, jengahkan mata mereka lihat kami.

Ah! Malunya! Tapi aku jadi keras, tak boleh menolak.

Fahri lepaskan pelukkan tapi dua tangannya masih erat di lengan aku. Bibirnya terukir. Matanya ada senyuman.

Aku; terpaku janggal.

“Macam mana you boleh ada kat sini?” tanya dia tepat untuk aku.

“You?” aku tanya balik; pendek.

“Kawan I ada perform malam ni, saja datang… you datang dengan siapa?”

“Ermh… dengan Zham…”

“Oh…” seraya dua tangan aku dilepas dia.

Entah?

Mata aku menyelam sekejap dalam mata Fahri yang buatkan aku tiba-tiba jadi rindu pada dia. Beberapa hari belakangan ini aku jarang dapat temu empat mata; semenjak E’zham sudah sampai di Kuala Lumpur.

“Susah nak nampak you sekarang…” Fahri tanya tiba-tiba.

Aku teralih tubuh ke tepi dinding bila lihat ada seorang dua lelaki masuk ke dalam bilik air yang tidak berapa selesa. Asap berlingkar sana sini. Mujur bau tandasnya masih tak mencucuk hidung.

“Busy dengan lover?” Fahri sambung lepas lihat aku lambat menjawab.

Aku gelak sedikit, tertoleh lihat muka dia yang sedang senyum sinis tapi manis.

“E’zham bukan lover I…” entah sudah kali ke berapa aku keluarkan kenyataan itu dan entah untuk yang ke berapa orang. Mual.

“Dia kawan I. closed friend…”

Fahri gelak keras biar tubuhnya tersandar di dinding.

“Back to the topic…” aku suruh.

“Erm?”

“You cakap kawan you perform? Apa?” aku tanya tak faham.

“Drag queen…”

“Huh?” makin aku tak faham.

“Bahasa baiknya; ratu nyah…”

Aku telan liur.

“Ouh ok…” jantung aku jadi debaran tapi tak kencang sebelum muka aku teralih pada pintu tandas yang terbuka. Teringat pada tujuan aku untuk masuk ke tandas ini dan aku teringatkan si E’zham yang sedang lalok di tengah keramaian manusia.

“I nak buang air kecil jap…”

“Follow…”

“Gila?!” aku bisik tapi keras.

Dalam kebetulan orang tak ada lalu lalang.

Tak aku jangka Fahri cepat-cepat capai tangan aku.

Masuk ke dalam tandas sempit.

Pintu ditutup.

Kunci.

Aku terkesima.

Fahri diam terbata.

“Syyy…” kata dia.

Menitik peluh aku di hujung muka.

Berdebar seluruh pelusuk jiwa, berdua dengan dia. Terketar rasanya; dua mata aku tersangkut di bahu mata dia. Beroleng rasanya. Tapi aku memang tak selesa. Seram takut-takut jadi lain.

Dua telapak tangan dia sentuh pipi aku yang terdongak menatap muka.

“I rindu you… I cant handle it.. I tak boleh tahan…” Fahri bisik. Dengar sayup.

Aku jadi ternoda. Cara dia sebutkan patah ayat itu bikin aku jadi luluh jiwa.

“Ari…” aku tak habiskan ayat.

Bibir aku yang kering, dia basahkan dikit-dikit. Hembus hidung dia aku terasa, asyik. Dua tangan aku perlahan-lahan melingkar di lengan sasa Fahri. Aku terbuai dalam sentuhan inderaloka yang diilham jejaka ini.

Hujung jari-jari dia usap pipi aku dengan rasa indah.

Muzik lincah yang aku dengar dari tadi jadi lain. Hilang senyap terganti dengusan Fahri yang panas; bergelora. Apalagi bibir kekarnya aku bias rasa penuh teruja.

Aku buka mata.

Lepaskan sentuhan bibir itu seselesa mungkin. Fahri senyum sandarkan dahinya di dahi aku. Hujung hidung dia dan aku bersentuhan. Kerongkongnya telan liur.

“You sangat berani…” aku mulakan ayat.

“I rindu you…” patah yang serupa, dia katakan lagi.

Aku tersenyum. berdebar.

“Rindu you juga…” serasa aku seperti mahu paculkan sahaja ayat itu, biar Fahri tahu aku pun ada waktu teringtkan dia. Tapi aku kunci bibir aku. Aku tak mahu pergi terlalu jauh. Cukuplah rasanya aku ada rasa untuk E’zham.

E’zham?!

“Han!”

Berderau jantung aku bila hujung telinga terhadiahkan panggilan dari luar. Mata aku bertentang dengan Fahri yang sudah berubah air muka. Basah tangan aku.

Kecut perut!

“Han!” nama aku dipanggil lagi.

“Zham!” suara aku geletar.

“Han!”

“Zham! You panggil I?”

“I panggil pintu…” E’zham buat aku nak tergelak.

“You sembelit ke?” suara E’zham terdengar di depan pintu yang tertutup. Ada gelak kecil di hujung ayat dia. Mengusik.

“Huh?” aku tanya tak faham.

“Lama sangat I tunggu. Risau…”

“Erm.. I buang air besar la! Sakit perut...” aku pandang muka Fahri yang terketap bibirnya. Jadi batu. Tapi hujung tangan dia masih melekat di jari. Seluruh laut fikiran aku sedang putar mikir apa jawapan yang paling sesuai untuk aku kasi pada E’zham. Jangan sampai dia tahu, sedang ada orang lain di dalam.

“I tak biasa makan tempat tadi kut… mual…”

“Ye ke.. kesiannya dia… nak I temankan…” E’zham tanya.

“Its ok, you tunggu luar. Kejap lagi I datang…”

“Sure?”

“Ya…”

“Cepat sikit, sayang…”

“Ya…”

Telinga aku dengar langkah E’zham yang menghilang sebelum pantas aku membulat mata pandang Fahri yang tiba-tiba tersengih.

Ya benar! Lucu!

“You memang gila…” Fahri cakap untuk aku.

“I gila sebab you. You lagi gila…” aku membalas, usik.

Aku gelak perlahan.

Bibir Fahri kena lagi di bibir aku untuk beberapa ketika.

“I kena keluar…” aku putuskan untuk tinggalkan tempat ini bilamana bibir kami terpisah.

“Ermh.. you balik dengan E’zham…”

“Habis…?”

“Ikut I balik…” Fahri tanyakan lagi hajat dia serupa dengan pertemuan di Cyberjaya beberapa hari dulu. Aku jadi tak selesa.

“I tak boleh… Zham ada…”

Fahri mengeluh. Biar perlahan tapi dengar sendu. Memahami agaknya. Aku perlu menolak walaupun ajakkan itu datangnya dari jejaka setampan Fahri. Aku jamin siapapun tak akan menolak pelawaan dari dia.

Cuma aku terdesak. Akupun sebetulnya bukan tidak mahu cuma bukan malam ini. Apalagi E’zham ada di sini; si penjaga aku 24 jam sehari semalam. Aku tak mahu dia tahu; sesuatu yang sulit berlaku antara aku dengan Fahri.

Fahri tarik pengunci pintu.

Terkuak sedikit.

Manusia kosong.

Aku tarik nafas lega waktu langkah kaki keluar dari bilik air tapi debaran masih tetap ada. Fahri membontoti aku di belakang. Aku dan dia keluar dengan muka selenga. Aura lagu rancak yang permainannya makin tidak teratur mula masuk tanpa izin di gegendang telinga.

Tangan aku ditarik lagi.

“Nanti mesej I…” pesan Fahri.

Aku anggukkan kepala sebelum biarkan dia pergi, hilang di dalam gelap, di celah-celah orang ramai yang enak goyangkan tubuh sendiri. aku jalan terus sambil dua biji mata aku liar semula cari kelibat E’zham.

Entah mana dia hilang….



| edit post

6 Reply to "Pernikahan Sulit part 19"

m a x i e on May 9, 2008 at 9:47 AM

potong stim tu le si ezham tu....huhuh~~ suka2...suka part ni..lg2 yg ade Fahri...

omg..im fall in luv wit fahri.....hahhaa...tp asal pendek sgt?? errrmmmmmmmmm......

 

Anonymous on May 9, 2008 at 10:06 AM

kalo panjang, x la dinamakan short storie.. apeee laa.. ;p

 

Anonymous on May 9, 2008 at 9:17 PM

good story....i nak jadi fahri bleh hahahha

 

Anonymous on May 18, 2008 at 12:18 PM

good job bro...
story ko makin howt...
keep it up bro...

*bile akan keluar episod ke-20

 

putera izwan on July 18, 2009 at 11:02 PM

semakin meliar tingkahnya,sesuatu yg baru diterokai,han seorang yg tidak tetap pada pendirian.

ezham semakin menyentuh hati,namun sikap yg terlalu liar mungkin akan melakukan kecurangan.

ari mementingkan nafsu semata-mata.namun masih samar..

tahniah!
saya sangat meminatinya.
mungkin saya boleh mendapatkan novel ini.

 

Anonymous on July 16, 2011 at 1:26 AM

fahri mmg berani... I wish on that i have the braveness like him...hahahaha...

Geram dgn erhan...dimana setianya!

Ezham....mmg suke dgn die..