U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

cintaku; tertinggal di Kuala Lumpur 1

Monday, May 05, 2008 by , under

Tiga hari di Kuala Lumpur bukanlah menjanjikan sesuatu yang baik untuk aku liburkan diri sementelah hampir 4 purnama tidak ke sana. Biar pada mulanya aku harap untuk menghabiskan masa yang aku ada seteliti mungkin tapi aku bukan yang empunya masa. Justeru masa-masa yang aku lalui di Kuala Lumpur jadi tak seindah biasa.

Mujur juga aku ada habiskan beberapa ketika dengan orang yang aku suka dan kerana itu aku jadikan dia sebagai sebab untuk aku datang lagi ke Kuala Lumpur; lain kali.

Bertentang mata dengan si dia betul-betul suatu perkara yang cukup indah. Betul kata orang lama; cinta itu buta. Kerana ini aku jadi buta walaupun sudah habiskan masa berjam-jam dengan orang yang aku suka tapi belum pun sampai 5 minit hujung jari terlepas; hantar dia pulang, seluruh jiwa aku jadi berdebar; asyik teringatkan senyuman senang yang dia ukir sepanjang pertemuan empat mata.
Bikin hati gundah gulana, air yang siram di hujung kepala tak terasa, tidur malam aku tak selena, makanan yang tersuap ke bibir jatuh pula. Semua jadi serba tak kena. (ah! si Bujang Lara, kan aku sudah kata, jangan jatuh cinta!
Nah! padah kamu)
Terima kasih untuk si jantung hati yang temankan si Bujang Lara melibur di kota, lihat bintang dan bulan yang tak ada, tak mahu keluar temankan malam kita. Tapi aku tetap pegang katamu untuk bawa aku ke 'naik ke bulan' di lain masa. Moga nanti kita ada masa untuk beradu di khayalan berdua; bersama.
Biarpun sebetulnya aku cukup terkilan kerana tak dapat dakap dia waktu aku sudah mahu pulang ke sini. Tak apa-apa, aku bawa wajahmu walau diriku jauh...
- Bujang Lara; yang sudah mula sukakan dia...



| edit post

1 Reply to "cintaku; tertinggal di Kuala Lumpur"

Anonymous on July 16, 2011 at 1:13 AM

seksaited!


A.s:::::