Biar berderai bintang di hujung kaki aku
Biar terbang cenderawasih nyanyikan lagu sendu
Biar terbelah bulan berliku debu
Biar sujud mentari pohonkan restu
Biar sangkakala gempita menderu
Biar jatuh kecana mahukan aku
Biar kejora tatang kilauan beribu
Biarkan aku tolak semua satu satu
Yang aku mahu; kamu
Temankan seisi ruang hariku
Sampai aku terlelah di hujung ubun waktu...
-Bujang Lara-
0 Reply to "Biar (Kamu)"
Leave a Comment