U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Emas Tempawan. (0)

Tuesday, July 31, 2012 by , under


Sewaktu Dato' Dr. Kemala membisikkan pada saya tentang hasratnya mengadakan pembacaan naskah Keris Mas di Dewan Bahasa dan Pustaka, saya menyambut suka. Justeru tidak lewat lewat selepas pulang dari persembahan di Panggung Utama Taman Budaya Padang, terus menyegerakan perlaksanaan. Usaha yang bukan kecil ini dilakukan sebagai satu cara apresiasi dan cita cita besar NUMERA dalam menggendangi acara kesusasteraan dengan berterusan dan konsisten. 

Aktiviti membaca cerpen dalam suasana santai dan terbuka memang sudah lama tidak dilakukan lalu saya beserta dukungan ayahnda Kemala menyaji Keris Mas Emas Tempawan yang terbawa dalam kelas tersendiri. Biar maklum hadririn tidak akan datang ramai seperti yang dimahu samada ia terlaku pada waktu pejabat di hari bekerja atau skala penghargaan masyarakat di Malaysia masih sendu terhadap kesusasteraan tapi saya komited melaksanakan acara ini kerana tahu ia harus dimulakan untuk diteruskan.

*KLIK pada gambar untuk besarkan

Pun, pengaji-pengaji dari Universiti Malaya, pencinta sastera senusantara tidak membiarkan kekosongan ini. Mereka singgah datang menghabis masa bermula jam 11 pagi hingga lewat dinihari jam 1. Lebih mengujakan bila Datuk Jalaludin Hassan begitu berlapang dada menerima pelawaan saya waktu menghubunginya. Ini satu langkah kalaupun tidak besar tetapi istiqomah. Saya cintakan sastera Melayu dan NUMERA. InsyaAllah dimasa mendatang sudah direncana program yang lebih segar dan kreatif. 


Terima kasih SN Dato' Dr. Kemala, Datuk Jalaludin Hassan, Dr. Fazilah Husin, Rasdi Daud, GLP & AGI yang meluang masa menyerta. Buat komite Dewan Bahasa Pustaka yang memberi respon baik sepanjang kerjasama ini. Saya hargai kesungguhan semuanya. Sampai jumpa!

Klik sini untuk baca lebih : KERIS MAS EMAS TEMPAWAN @ NUMERA

Tonton persembahan saya dalam Widuri.


- UU. 



| edit post

0 Reply to "Emas Tempawan."