Debu debu demam yang mendakap tubuh sejak seminggu lepas begitu mengacau. Lendir lendir yang menyekat dalam kerongkong menghalang beberapa perkara jalan dengan baik seperti yang aku rencana. Justeru aku sungguh sungguh berdoa supaya persembahan depan khayalak terbuka di Pentas Utama, PWTC, semalam. Di acara yang menghargai Sasterawan Negara ke 11, Dato' Dr Ahmad Khamal Abdullah @ KEMALA, aku berbesar hati diundang Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menghidupkan beberapa waktu dengan suara yang ada. Waktu menggemakan Yang Aku Mahu & Biar Bulan Bicara, aku meruntun suka.
Untuk beberapa waktu, aku begitu sibuk dengan rencana demi rencana yang diatur untuk menterkenalkan Umar Uzair dalam dua sisi seni dimasuki aku kurang lebih dua tahun. Secara serius aku nampak sudah ramai mata mata yang memandang. Apalagi waktu persembah di majlis GAPENA [Gabungan Penulis Nasional] di Rafflesia beberapa hari kelmarin, aku disambut baik oleh keluarga besar sastera negara.
Cumanya dalam sisi industri hiburan, masih belum serius aku pergi ke dalam. Entah ya kenapa. Barangkali samada tidak dipandang serius oleh mereka mereka atau aku yang belum seribu peratus menyerahkan diri. Aku tetap berusaha. Samada nampak atau tidak, terserah.
Dalam asyik asyik aku selesaikan mengolah naskah buku filem yang sudah selesai, ada beberapa acara yang sedang dikonsentrasi. Sidang media persembahan eksklusif sama SN Kemala & biduanita Uji Rashid pada selasa depan yang acaranya terlangsung kurang dua minggu lagi. Semoga semuanya jalan lancar.
Untuk yang mahu mendapatkan saya dalam acara acara rasmi,
persembahan puisi atau temubual :
emel : siumaruzair@gmail.com
0 Reply to "Menterkenal Aku"
Leave a Comment