U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Kala Pertama (0)

Tuesday, August 16, 2011 by , under

Benar!

Sudah begitu lama aku tak menaip menaip di dalam blog. Sampai kekadang ada rasa asing kalau aku mahu tulis cerita cerita seharian aku dalam sini. Aku kira kerana semuanya sudah terlalu beza sejak belakangan ini. Aku bukan lagi si empunya masa senggang begitu luas seperti tiga empat tahun dahulu. Sampai ada yang kata

"Aku dah lupa macam mana perwatakkan kau, sebab dah lama tak menulis dalam blog"

Aku punya jawapan untuk soalan yang itu. Barangkali juga ada cakap cakap mengata aku seperti lebih kosentrasi mengaktifkan diri sebagai seorang penyanyi, apalagi belakangan ini aku sudah sering adakan persembahan akustik terbuka di merata Kuala Lumpur.

Aku sudah jarang jarang menulis kerana aku sukakan rasa keterkawalan sisi penulisan aku untuk dibaca pencinta bahasa. Aku sekarang lebih suka menulis bila perlu, dan aku lebih selesa menulis sesuatu dengan rasa yang terhad. Bukanlah lokek mencurah rasa cinta pada patah patah kata, cumanya, ya.. Kualiti lebih bagus dari kuantiti.






* KLIK untuk besarkan *

Dan kerana mahukan keseimbangan itu, aku sudah mula mendeklamasi dan membaca pada umum, yang sebelum sebelum itu terlalu hitam untuk dipandang. Aku sudah mula bereksperimentasi melalui lagu dan kemasukan puisi ke dalamnya. Seperti sabtu yang lepas waktu 'di Kepetangan Uzair Zain' yang berlangsung selama empat jam di sisir tasik berlatar hotel mewah Pullman Lakeside, Putrajaya.

Aku mendeklamasi puisi 'Di Mana Bulan Sorokkan Cinta Kita' dari Kumpulan Teks Pascamoden - Di Mana Bulan Sorokkan ke dalam lagu Biar Bulan Bicara. Nah! Bagaimana bunyinya? Rajin rajinlah bertandang ke acara acara yang direncana aku. Barangkali nanti boleh dikongsikan perasaan itu.





* KLIK untuk besarkan *

Aku cuba untuk hidupkan semula rasa rasa indah duduk duduk santai, beriadah dan mendengar manusia berdendang puisi Melayu yang suatu waktu di zaman 70 an dulu bergetar rasa rasa penuh kebahasaan. Pun kerana ini pertama kali diadakan atas usaha aku, justeru ada beberapa masalah yang tidak dirancang berlaku. Ah! Itu azali. Permasalahan jugalah yang mendewasakan manusia. InsyaAllah sedang merangka pelbagai acara seperti ini di masa mendatang dan mendapat sokongan.

Pun begitu, Ramadhan kali ini dirasa aku paling berbeza, kerana beberapa perkara yang terlalu dua kaki aku. Perasaannya berbeza, perjalanannya juga berbeza, pengalamannyalah yang paling berbeza. Aku bahkan tidak membayangkan bagaimana Aidilfitri yang bakal mendatang nanti. Semoga baik baik sahaja.

Semoga saja aku diberi kekuatan untuk meneruskan.



| edit post

0 Reply to "Kala Pertama"