U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

i, ii dan iii (3)

Monday, July 25, 2011 by , under



Aku senyum.

Minggu minggu aku bukan lagi sesepi dahulu dahulu. Hari hari aku lalu belakangan ini sudah makin terisi dengan lekuk lekuk cerita. Kekadang waktu aku pulang dari kota untuk ke rumah, dalam keretapi panjang beroleng atas batu batu kecil; aku tersenyum. Persetankan semua mata yang memandang, kerana aku hanya tahu untuk menikmati
apa yang sudah aku lalu.

Barangkali sudah sampai waktu untuk aku pasak betul betul akal kepala pada minit minit yang bakal aku lalu...

i

Petang jumaat yang 72 jam lepas, aku duduk duduk habiskan masa senggang dekat kafe tersohor tepi Pavilion. Sengaja mencari akal kepetangan yang jarang jarang datang untuk menyambung Adam Havana. Anehnya aku keluar kali ini tanpa komputer riba yang sudah bertahun menjadi teman tempat menaip aku siapkan segala kerja
penulisan. Cumanya kali ini sengaja aku tinggalkan di rumah waktu aku pulang ke Johor Bahru minggu lepas.

Aku bimbing bawa buku besar. Aku mahu mula menulis atas putih kertas. Aku rindu untuk menggayakan tangan aku dengan perkataan. Sudah lama aku tidak menulis mengguna pen atau pensil sejak aku habis belajar di Akademi Seni. Aku harus memulakan sekarang. Ya, rupanya menulis ikut cara lama tetap lebih istimewa. Menulis atas kerta guna pen dakwat lebih mendekat dengan jiwa, lebih asli, lebih 'oldies'. Betul, aku selamanya sukakan sesuatu yang bersifatkan lama. Justeru sampai aku tidak sedar, sudah bermuka muka surat juga.

Ya, aku mahu menulis guna kertas putih sebelum mengalihkan ke taip taip komputer.

Lepas habis kurang sejam di situ, aku sambung menjam
ah Aglio di Island Bistro pula. Duduk duduk kebetulan mahu temu mata dengan si kawan. Waktu tekak aku sibuk sibuk merasa lekit lekit minyak zaiton yang resap dalam liukkan spageti, si kawan alih alih cakap;

"Uzair makan spegeti berulamkan air..."

Kemudian aku pandang dia.

"Betulkan apa yang I cakap? You penulis..." aku iyakan ayat yang kedua biar aku faham maksudnya.

"Tak kena ayat berulamkan air tu.."

"Kenapa?"

"Imejan tu tak berapa kena, ulam dengan air..." si ka
wan aku sudah mula gelengkan kepala. Aku masih mahu menerangk
an. "Mungkin kena kalau ...makan berulamkan kek lapis, kerana sifat ulam ialah makanan. Air adalah imejan minuman..."

Dan si kawan tetap gelengkan kepala dan kami mula gaduh mulut tentang dia yang mahu membenarkan perkataan yang diguna dia, dan aku masih aku; berkeras menerangkan dengan contoh biar dia terang. Cumanya dia masih seperti yang aku kenal.

Lalu aku cakap "Ya, I tahu I bukan siapa-siapa. Mungkin kena tunggu sampai I dapat title Sasterawan Negara macam Pak Samad nanti baru you akan dengar
cakap I..." barangkali apa yang aku kata itu betul. Hanya kerana aku masih bayi dalam dunia penulisan, manusia mudah kata tidak terima tegurnya aku.

"Ya, you kena jadi Sasterawan Negara macam Pak Samad, lepas tu join Bersih, hentam kerajaan..."

Aku terus terdiam, letak sudu dan garfu tepi piring bulat besar. Aku geleng kepala bukan kerana apa. Biar ini bukan kali pertama dicakap orang tapi bila dituju terus untuk aku tapi aku kecewa juga. Kalau ditanya; politik tidak ada dalam darah yang mengalir dalam setubuh aku, dan aku mencintai Pak Samad adalah kerana isi isi dalam daging tuanya seaduk dengan perjuangan jiwa bangsa Melayu yang bukan baru sedekad dua. Aku bergurukan Pak Samad kerana selamanya dia bertuankan bahasa dan perbahasaan.

Itu sahaja.

Titik!

ii.

Petang jumaat selepas aku habis memanjakan perut, aku menapak ke KLCC untuk ke Kinokuniya. Lalu aku jumpa ini.


Ya, idea empat seginya dan pengisian serupa naskah Sampai Mati [2010]. Aku suka, kerana aku adalah PEMULA. Ya kerana aku tahu dari siapa idea ini tersebar selepas mendapat tahu dari aku.


iii

Malam sabtu kelmarin aku keluar melibur. Ya, batin aku sunyi lalu telinga dibisik iblis menyuruh aku keluar menjadi manusia kota. Seperti yang kekadang dua kaki suka menyinggah, aku memilih tempat yang serupa untuk pamerkan sedikit kejalangan yang berbaki dari sifat kebaikan.

Aku ke situ lagi.

Aku habiskan tiga per empat dari masa yang dikasi untuk mencucuk langit. Untuk masa seper empat yang terakhir, lalu nampaklah aku pada susuk tubuh menawan sedang menari ikut lagu - dengan kekasih dia yang selalu ini aku hanya tengok dari alam maya. Dia yang aku puja sejak bertahun lama. Yang dahulunya dia hilang, kemudian dia datang semula.

Cuma kali ini berserta; ya. Benar dia sudah berpunya, dan dia sedang berbahagia.

Aku - pulang. Rupanya aku masih sendiri. Kasihan.



| edit post

3 Reply to "i, ii dan iii"

D' on July 30, 2011 at 11:17 AM

jika hendak dikatakan Sampai Mati yang memulakan edisi segi petak itu, sejujurnya Ruhayat X telah menerbitkan buku itu lebih lama...seawal 2009 kalau tidak silap...

 

uzairzain on July 31, 2011 at 12:33 AM

Tidak kisah siapa pun yang mula, yang dipercakap saya ialah ideanya. Saya yang memikirkan tentang pengideaan itu seawal tahun 2006. Sekian

 

fahmi masrom on October 3, 2011 at 12:36 PM

in any way, buku by Ruhayat X has it own way to tells d story...sgt kaya bahasanye mcm uzair..