Ini sudah malam
Malam membeku dan pilu
Resah dadaku berombak
Sepersis bah melambung; hilir sebelum ke hulu.
Sebetar,
Aku mahu ke kamar
Kamar aku kosong; sepi sekali
Dan ia masih serupa,
Berulang dan berkali
Tidak ada yang menemani..
Adanya dia, benar!
Tapi jauh nun di sana dari di sini
'tunggu aku pulang'; katanya
Ya aku sedang melakukannya
Cuma entah bila dinihari
Aduh sang kamu! Pulanglah...
Jangan terlalu lama di sana
Aku terlalu mahu menghirup segar desah dadamu
Aku terlalu mahu menjalar tangan di cuping telingamu
Sebelum aku terlalu mahu menjadi hamba suruhanmu
Untuk diperlakukan apa mahumu
Aduh sang aku!
Apa aku betul betul sabar?
Apa aku benar mampu menunggu?
Sejak bila aku pandai menunggu?
Sejak hari itu..
Sejak dia datang dan menduga aku...
-Bujang Lara-
0 Reply to "Sepersis Bah"
Leave a Comment