Aku mahu jadi burung
Bebas lebar sayap ke mana pun
Aku mahu jadi angin
Kencang melayar ke hujung dunia
Aku mahu jadi rimau jantan
Senang tajamkan taring geraham
Aku mahu jadi daun
Hijau dan berdebuan
Aku mahu jadi bintang
Indah bergantungan di celah angkasa
Aku mahu jadi bulan
Biar pungguk selalu rindukan
Aku mahu jadi matahari
Panasnya bahangkan segenap bumi
Aku mahu jadi karang
Besarnya indahkan taman lautan
Aku mahu jadi ikan
Kibas ekor di air dalam
Aku mahu jadi tanah
Menjadi pembalut bumi bertuah
Aku mahu menjadi antara mereka
Yang bahunya tidak memikul beban dosa
Aku tak mahu menjadi manusia
Duri dan bara jadi alas kakinya
Tapi aku tetap manusia
Yang matinya nanti ada pintu dua
Syurga
Atau Neraka…
Bebas lebar sayap ke mana pun
Aku mahu jadi angin
Kencang melayar ke hujung dunia
Aku mahu jadi rimau jantan
Senang tajamkan taring geraham
Aku mahu jadi daun
Hijau dan berdebuan
Aku mahu jadi bintang
Indah bergantungan di celah angkasa
Aku mahu jadi bulan
Biar pungguk selalu rindukan
Aku mahu jadi matahari
Panasnya bahangkan segenap bumi
Aku mahu jadi karang
Besarnya indahkan taman lautan
Aku mahu jadi ikan
Kibas ekor di air dalam
Aku mahu jadi tanah
Menjadi pembalut bumi bertuah
Aku mahu menjadi antara mereka
Yang bahunya tidak memikul beban dosa
Aku tak mahu menjadi manusia
Duri dan bara jadi alas kakinya
Tapi aku tetap manusia
Yang matinya nanti ada pintu dua
Syurga
Atau Neraka…
-Bujang Lara-
0 Reply to "Pintu Dua"
Leave a Comment