U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Dunia Bukan Beza 1

Monday, December 03, 2007 by , under

kau tinggi di langit
aku masih diam di bumi

kau seindah cenderawasih
aku semalu gagak rimba
kau bintang kejora
aku kaca bukan permata
kau laksana bulan
aku bak pungguk yang rindukan
kau sedalam lautan dunia
aku secetek tasik bina
kau mampu milik semuanya
aku merangkak diam suara
kau punya dewa kencana
aku sendiri memuja seroja
kau mulia di sana
tapi aku bukan hina
cuma apakah berdaya
miliki kau yang aku suka..


-bujang lara-



| edit post

1 Reply to "Dunia Bukan Beza"

Anonymous on July 15, 2011 at 12:56 AM

i love this...
Mcm dekat sgt di hati i..