U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Tentang Aku 1

Friday, April 06, 2007 by , under

"dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang"
assalamualaikum
selamat tgh hr

Sebetulnya aku tak tahu mahu memulakan apa sebagai satu pembukaan. Mahu diceritakan apa, Mahu menceritakan apa. Menulis blog bagi seorang bloger yg baru seperti aku memang sedikit merimaskan..
sewaktu ada yang bertanya mengapa BUJANG LARA?
tafsirku senang,
Bujang : seorang lelaki yang masih belum berpunya.
Lara : seseorang yang selalu memendamkan rasa sedih, pilu dan sinis dalam dirinya.
secara mudahnya aku; seorang lelaki yang selalu pendam apa yang dirasa. Mudah?
Ini dunia aku. Apa yang aku tulis, apa yang aku isikan didalamnya; ini dunia aku yang tidak boleh difikir sinis manusia lain. Aku berhak memikirkan apa pun yang aku rasa betul seperti orang lain yang punya hak untuk mengkritik.

Anggap saja ini tempat aku untuk berkongsi apa yang aku rasa. Sebuah tempat yang aku fikir sesuai untuk memperkenalkan nama aku sebagai seorang penyair & penulis cerita pendek. Aku terlalu baru dalam dunia yang aku masuki. Aku masih perlu belajar dan selalu belajar dari orang keliling yang gemar mengkritik. Aku suka kritikan. Aku menyukai orang2 yang selalu mengkritik hasil kerja aku. Mengkritik bermakna mengambil berat. Mengambil berat bererti dia mengikuti apa yang aku hasilkan. Dan aku mencintai orang2 sebegini
Di sini, detik ini, aku akan berkongsi suatu pengembaraan aku bersama sesiapa yang mahu berkongsi perkongsian ini. Aku akan memulakan jalan penceritaan sedikit-sedikit. Aku harap akan tetap ada manusia yang sudi mencintai hasil seni aku.
~bujang lara~



| edit post

1 Reply to "Tentang Aku"

Ajami Hashim on April 8, 2007 at 12:51 AM

salaam BL,

semoga ini pemula hasil tgn sdra yg akan berpjgn hingga ke akhirnyaa!.. huhu..