U M A R | U Z A I R

dan kisah-kisah dari kerlingan matanya

Season Finale (23)

Saturday, June 21, 2008 by , under

Dua bola mata aku melekat pada sketch book yang dipulangkan semula oleh Sir Wong kejap tadi. Lukisan-lukisan bersih cantik yang aku hantar beberapa waktu dulu, sudah ada pertambahan warna lain oleh Sir Wong. Cuma ironinya hanya tertambah dengan satu warna; merah, yang terconteng sana sini.

Menyuruh aku untuk betulkan apa yang ada ikut cara dia.

“Suka hati dia je nak edit karya aku…” bisik Nadia di sebelah aku.

Sekejap aku mengerling tengok buku dia; aku senyum.

“Ingat senang ke nak buat banyak-banyak macam ni? Suruh dia buat, tengok banyak tak banyak…” aku senyum lagi dengar sambungan yang tak sudah.

“Yang you ni senyum-senyum, sini I nak tengok you punya…”

Aku tak sempat halang, cepat-cepat Nadia rampas apa yang aku pegang sedari tadi.

“Ah… ingatkan designer terhebat tak kena conteng buku, rupanya sama juga…”

“Haha! Stop teasing me…” aku mencebik.

“True what… you kan selalu kene puji dengan Sir…”

“Sir mana?” tiba-tiba Sir Wong terjengul di depan muka.

Aku senyum.

Nadia tersengih.

“Ok class, tengok semula kerja-kerja you all, banyak yang merapu. Saya nak you all betulkan semua yang saya dah tandakan dan hantarkan sebelum minggu depan…” Sir Wong cakap untuk semua dalam bahasa melayunya yang beraduk dengan lenggok cina.

“Tapi banyak sangat ni, Sir… mana sempat nak siapkan sebelum minggu depan…” Azizi betah dari belakang.

“Habis you nak siapkan bila? Tahun depan?” Sir Wong memperli dalam gayanya.

“Next month lah, Sir…”

“Next month you all dah start dengan new topic plus another month sudah cuti semester. Make it by next week… jangan tangguh-tangguh…” putus Sir Wong disambut suara rungutan budak-budak kelas aku yang tak pernah kenal erti bersyukur.

Lima sepuluh minit kemudian, Sir Wong tinggalkan kami ikut pintu depan waktu jarum pendek jam sudah mampir ke angka satu. Tangan aku tak lambat-lambat masukkan buku dan yang lain ke dalam beg sandang.

“Ah! Nasib baik kelas setengah hari…” Siti mencetus dari belakang.

“Ti, ada apa plan?” Nadia soal tapi tak tengok dia.

“No plan…”

“Hang out jum… Han ikut la sekali. Susah betul nak ajak you jalan-jalan dengan kita orang. Ingat I ni tak ada kelas ke?” Nadia mengajak aku sekali dengan nada mengusik. Bibir aku tertarik sedikit dihujung; tersenyum. Ya, memang boleh dibilang dengan jari kalau mahu dihitung berapa kali aku keluar dengan budak-budak kelas ni. Bukan tak mahu cuma aku umumnya bukanlah jenis yang suka bersosial diluar selain kalau di ajak E’zham.

Kadang-kadang si Fahri.

Sekejap aku pandang Fahri di belakang. Sedang ada dengan Azizi, Along. Sebelah kirinya terduduk Intan. Hati aku tersenyum.

“Nak pergi mana?” aku tanya empat lima saat kemudian. Tangan kanan aku menongkat kepala pandang Nadia. Sekejap pandang Siti.

“Mana-mana…”

“Hey, plan apa ni? Tak ajak I…” Fahri terjengul di depan mata. Mata aku tertaut pada dia sekejap sebelum mata dia kemudian teralih pada Nadia.

“Ari, next time you jangan pakai macam ni boleh tak?”

“Huh?”

“Its too dangerous la dear. Kalau I puasa hari ni, boleh terbatal tau…”

Pecah gelak aku dengar ayat Siti.

* * *

“Tahulah badan you lawa…” aku bisik ke telinga Fahri; mengusik, waktu aku tutup semula botol air mineral selepas meneguk sekali dua.

“Huh?” dua keningnya berkerut pandang aku.

“Baju you…”

“Baju I kenapa?”

“Terlalu nipis…”

“Ouh!” ada gelak sinis tersambung selepas ayat dia. Bola mata aku mengerling sekejap pada bibirnya yang terlirik manis. Kemudian jatuh sedikit pada tubuh dia yang sedang duduk senang, depan aku.

Hari ini semua manusia puas mencuci mata tengok Fahri yang tubuhnya tersarung baju tentera nipis yang jarang. Nampak susuk tubuh dalam yang mengiurkan. Entah gila apa agaknya. Biarpun bukanlah sesuatu yang asing untuk seorang bertubuh enak seperti dia memakai itu cuma agak kekok juga apalagi dipandang umum untuk kali pertama.

“Tak suka?” Fahri tanya aku.

“Tanya I buat apa…”

“Macam tak suka…”

“No comment…” aku pandang depan.

“Kalau you tak suka, lain kali I tak pakai lagi…” suara Fahri dengar seperti memujuk. Buat aku jadi tersenyum.

Kelakar!

“Kenapa?” dia tanya.

“Tak ada apa…” aku sambung ketawa lagi tapi kemudian terhenti sendiri.

Petang itu aku dan Fahri buat keputusan duduk-duduk sekejap di Starbucks dekat mall sebelah kolej. Fahri pilih untuk duduk di bahagian luar. Lebih natural katanya.

Nadia, Siti dan aku yang tadinya sibuk rancang nak habiskan masa senggang di kota, jadi tak menjadi. Lepas makan tadi dan sementelah temankan mereka tawaf satu bangunan, aku dan Fahri ditinggalkan berdua.

“Exhausted lately…” suara Fahri pecah suasana. Terhembus dengusan malas dia seraya tersandar pada kerusi empuk warna merah.

Aku padang dia balik.

“Yeah me too but thank God I punya kerja tak banyak sangat nak kena betulkan…”

“Im not talking about the portfolio…”

“Erm?” kerut dua kening aku, tak faham.

Fahri diam.

Pandangannya terlempar jauh ke luar. Mata dia berlari-lari. Bibirnya berketar; ada benda yang mahu dia katakan tapi tak sampai, mungkin.

Kipas tergantung; berpusing.

Aku peluk tubuh, tak mahu bertanya. Biarkan Fahri mulakan ayat semahu dia tapi sebentar kemudian dia teralih lihat aku dengan mata bergenang, tidak senang.

“This semester, it could be the last one…”

Aku telan liur dengar potong ayat itu. Laju kepala otak aku putar balik mikirkan tentang dia yang tak berapa suka dengan bidang yang diambil sekarang dan tentang hasrat dia yang mahu berhenti dari sini.

“Your portfolio is one of the best design yang ada. Ingatkan you dah tak fikir tentang ni lagi…”

“Tak kan nak tunjukkan muka bodoh I. I masih tahu tanggungjawab dan I tak perlu malukan diri sendiri depan semua orang. Nak tak nak, I kena buat kerja ni…”

Aku tak senyum dengar ayat itu. Nada Fahri sudah makin tak tenang. Melekat dua mata aku pada lagak dia yang tak duduk senang.

“I need more than this…” itu ayat yang tetap ada dalam kepala aku. Dia mahu buat sesuatu yang lebih mencabar.

“Im trying to love this even im trying harder to make it worth but I just can’t. I jadi stress, Han. I have to change it now before it become more worst…”

Patah-patah kata yang keluar dari mulut lelaki persona ini masuk terus ke dalam kepala aku. bunyinya sungguh tertekan walaupun sebetulnya bidang ini tidaklah sesusah mana cuma itulah dia.

“Now what?” aku soal dia balik.

Dua bahunya terangkat sebelum tersandar pada kerusi.

“Maybe I’ll go with architechture…” dia sambung dengan mata di kejauhan. Kening berkerut; sebelah terangkat.

“Sounds cool. You should go kalau you komited dengan keputusan tu. Don’t waste your time, do stuff yang you tak suka…” aku kasi pandangan. Fahri ketap bibir. Matanya berlari-lari lagi cuma kali ni tak sederas tadi.

“Your parents?” aku tanya berbasa basi.

Dia diam. Lambat jawab tapi hujung perbuatannya ada keluhan paling lemah.

“They don’t even care what I want. Yang penting I further my study…”

Ah! Aku jadi berdebar. Silap soalan kah?

“Lain je bunyinya…” aku menduga.

Fahri ngerling sebentar lihat aku dengan senyuman sinis. Aku faham maksud dia justeru aku tak mahu banyak tanya. Masalah peribadi, mungkin.

“Ok, just keep it as your secret…” aku sambung ayat.

“You realy sweet, Han…” mata dia tersenyum.

“Lets change our topic…” aku kasi idea lagi sebelum si Fahri pergi lebih mengarut.

“Ari, you kata ada scrambler freestyle tournament? Supposed last weekend right?” aku tanya waktu tiba-tiba teringatkan tentang hasrat dia yang mahu mengajak aku teman dia ke Johor beberapa minggu lalu.

“Ah! Yea postponed…”

“Kenapa?”

“You ask the organizer…”

“Haha yeah right…”

“I don’t know, they ada masalah dengan tempat tu. Nak tukar tempat lain kut…” Aku anggukkan kepala. Mata berlari lagi ke tempat lain. Pada jalan raya, pada langit, pada bangla tukang sapu, pada kipas yang tergantung.

“But you still kena temankan I jalan-jalan di Johor…”

Aku dengar ayat itu sebelum aku alihkan mata pada Fahri.

“No probs, Ari… you cakap je bila…”

“Ah! Banyak lah you bila… nanti Zham you marah…”

“Stop it…”

Tiba-tiba si Fahri cakap nama E’zham. Cepat-cepat aku bayangkan muka dia yang belakangan ini lebih banyak habiskan masa dengan Ana. Ya perlu juga. Kalau asyik dia melekat dengan aku 24 jam; bosan!

“Tu, Ana…”

Aku toleh belakang bila si Fahri muncungkan bibir.

“Hye Han…” Ana sudah dekat waktu aku paling pada dia.

“Ana.. seorang ja?”

“You nampak I dengan Takuya Kimura ke?” Ana senyum mengusik sebelum dia tarik kerusi yang kosong; “Oh My… You look so yummy…” Ana hadiahkan ayat dia untuk Fahri waktu dia baru-baru hendak labuhkan punggung.

Terngerling aku pada kaki cantiknya yang tersilang kemas. Gebu; indah.

Bibir Fahri mengengsot ikut gerak Ana.

“I never seen you like this before…”

“Saja, cuba-cuba…”

“Kalau you pakai macam ni hari-hari, sesak nafas…” Ana senyum lagi.

“Zham mana?” aku tanya.

“Tu…” Ana tunjukkan dengan mata. Aku toleh lagi.

Nampak Lotus Exige mewah dia dari sini. Cuma tak nampak tuannya yang sedang ada di dalam. E’zham tahu aku dengan Fahri?

Ah! Kenapa nak takut, aku tak buat salah.

Tapi dada aku berdebar tiba-tiba.

“Kenapa tak turun sekali?” aku tanya pandang Ana yang angkat dua bahu.

“Kenapa tak call I je…”

“Jom, gerak…” Ana mengajak.

Sekilas aku pandang Fahri.

“I hantar you…” ayat Fahri temankan kami yang kemudiannya angkat punggung beredar dari Starbucks yang sudah aku habiskan masa beberapa puluh minit tadi.

Fahri tak hantar aku sampai depan kereta. Seperti dia sedang faham tentang debaran aku kalau dua lelaki ini temu empat mata. Justeru Fahri hanya tinggalkan pesan supaya mesej dia kalau senang nanti. Aku senyum saja sebelum ikut bontot Ana tuju ke kereta mewah yang sudah nantikan aku sejak tadi.

E’zham keluar dengan kaca mata terlekat di muka; tampan.

Ana sudah masuk ke dalam kereta.

Aku terdiri di luar, pandang E’zham.

“Siapa?” dia tanya.

“Siapa?” aku tanya.

“Tu…”

“Ari…”

“Siapa?”

“Classmate, you kenal kan?”

E’zham tak jawab. Dia masuk ke dalam kereta. Aku tarik pintu belakang.

Dingin sejuk mencengkam.

“Pegi makan jom…” Ana beri idea. Entah pada aku atau untuk E’zham.

“Kejap…” E’zham jawab sambil menaip sesuatu pada bimbit dia.

Perlahan-lahan kereta bergerak ikut arus jalan raya.

Bimbit aku bergegar.

- Im jealous
E’zham.

Aku jadi berdebar waktu baca mesej dia. Dah agak dah.

- We’re just friend. Don’t be too childish…

Aku balas.

“Han, you nak makan dekat mana? San Fransisco? Chilles? Meridean? You name it…” Ana sapa aku yang seluruh pemikiran masih pada mesej E’zham.

“Tak kisah Ana, mana-mana pun boleh…”

“Mana-mana tu mana?” dia tanya lagi.

“Kedai mamak tepi ni pun boleh…”

“Heish you ni.. we go to Rebung nak?” Ana soal E’zham seraya sentuh hujung tangan dia.

“Ok…” dia jawab pendek. Nadanya mendatar.

“You kenapa?” Ana tanya.

“Nothing… Im ok…”

“So we go to Rebung, ok?”

“Boleh, sayang…”

Aku lihat E’zham senyum untuk Ana sebelum seluruh perhatian dia kembali pada jalan raya yang beroleng sibuk. Dalam kesibukan dia pandu, tangan halus Ana; E’zham genggam hujungnya.

Sengaja untuk aku cemburu? Untuk apa? Fahri?

Duh!

Aku campakkan mata ke luar lihat pokok-pokok ketapang lari ke belakang. Lihat langit yang mula gelap. Lihat matahari yang sudah malu sambil hujung bibir kering aku gigit sederhana.

Laut fikiran aku melayang tentang dunia yang sedang aku lalu. Jalannya tak ada liku cuma terkadang aku jadi serba tak kena. Aku tak mahu pergi terlalu jauh tapi akhir-akhir ini aku berani-berani bawa diri aku jalan lebih dari had.

Tentang cinta aku pada E’zham.

Tentang hubungan aku dengan Ana.

Tentang persahabatan aku dengan Fahri.

Tentang dunia serba kacau.

Sekarang aku tahu kenapa E’zham tak pernah puas dengan Ana dan kenapa Ana tak pernah rasa beruntung memiliki E;zham. Jawapannya sudah aku genggam tanpa keduanya tahu muslihat yang mereka mainkan sendiri dengan aku.

Aku; hanya perlu diam dan terus biar apa yang akan terjadi selepas ini.

Bimbit aku bergetar lagi.

- Evening, Erhan.

Hujung mata aku nampak nama Syed Aizach.

Aku tersenyum.

Geleng kepala.

Aku sudah mula suka bermain.

- Tamat Musim Pertama -



| edit post

23 Reply to "Season Finale"

Anonymous on June 25, 2008 at 2:09 AM

BRAVO BRAVO BRAVO... jgn ngader ngader stop there k... pernikahan sulit 2 cepat hahah...keep on writing k - JJ

 

Anonymous on July 17, 2008 at 8:02 PM

WOW!!!nicely job!wat i excited je nk baca the next story...
smpai i terbwk2 n t'byg2 in my reality life...tp i xde r sekacak n sekaya watak2 dlm citer ni...
GUD JOB!!

 

Anonymous on July 19, 2008 at 2:56 PM

btw this is not the end of the story kan my dear..?
ada 2nd season kan..?
i'm waiting for it..
cepat tau!!!

 

Anonymous on July 19, 2008 at 5:18 PM

Perghh....ada brape season ney???

 

Anonymous on October 6, 2008 at 5:52 PM

cerita yg menarik..
cume ending dia..
need something yg lebih byk persoalan lg
so that pembaca akan lebih menanti kehadiran next season
but
nice job
best sgt

 

Anonymous on October 21, 2008 at 7:58 PM

wah!
bes cite nih. mmg lyn.
x saba lak nk tgg sambungannye...
huhu... cpt sket...

 

Anonymous on November 28, 2008 at 11:18 AM

huhuhu... ak bru je abes bce cter neh.. wa... BEST, 2 THUMBS UP!!!! (p/s: erm ak print sme manuscriptnyer aw... siap binding ag... nape x publish jer cte neh kat pasaran.. x yah susah2 copy paste :C), nway x sabar nak tunggu SEASON II!!!!

 

teddymoon on December 11, 2008 at 10:53 AM

u r good in writing!
keep it up
thanx for the special story....
suke sgt bace

 

Anonymous on June 28, 2009 at 8:13 PM

keep on writing ! cant wait till the 2nd season !

 

putera izwan on July 20, 2009 at 10:54 AM

so go0d..nmpknye erhan smakin nk bermain.next season pls..

 

Anonymous on October 16, 2009 at 4:46 PM

haha... nice story ... aku kekadang rasa diri ini seperti story di atas... tp.. aku masih berjalan di bumi yg nyata... but.. good job! keep writing bro!

 

Anonymous on October 26, 2009 at 11:05 AM

1st cerita yang buat aku tak lekang depan komputer untuk baca, macam bawak aku sekali dalam citer ni. sangat2 ........ kalau buat drama mesti best giler ni tapi kat Malaysia tak tau dpat ke tak. tak sabar tunggu sambunganyya. bile nak kuar wahai si PENULIS... heeeee..

 

Anonymous on December 30, 2009 at 12:37 PM

http://www.djmal.net/thaspot/members/viagrakaufend
[b]VIAGRA Kaufen VIAGRA[/b]
http://www.serataanime.it/forum2/member.php?u=336
[b]VIAGRA im internet kaufen VIAGRA BESTELLEN PREISVERGLECH[/b]
VIAGRA BESTELLEN eur 0.85 Pro Pille >> Klicken Sie Hier << BESTELLEN BILLIG VIAGRA CIALIS VIAGRA potenzhilfe PREISVERGLEICH VIAGRA
http://www.stupidhomework.com/homework/members/viagrakaufend-8505.html
[b]VIAGRA bestellen VIAGRA PREISVERGLECH REZEPTFREI[/b]
[url=http://www.einvestorhelp.com/member.php?u=37776]BILLIG VIAGRA BESTELLEN[/url] - VIAGRA alternatives
[b]VIAGRA on line BILLIG BESTELLEN VIAGRA[/b]
[b]VIAGRA im internet kaufen VIAGRA BESTELLEN PREISVERGLECH[/b]
[url=http://www.zonatuning.com/members/viagrakaufend]VIAGRA Nederland[/url] - VIAGRA bestellen
[b]VIAGRA on line BILLIG VIAGRA REZEPTFREI BESTELLEN[/b]
[b]VIAGRA® kaufen VIAGRA PREISVERGLECH BESTELLEN[/b]
[b]VIAGRA® kaufen
VIAGRA Deutschland
VIAGRA online kaufen
VIAGRA on line
VIAGRA alternativ
VIAGRA rezeptfrei
VIAGRA Kaufen
VIAGRA Apotheke[/b]

 

hakimfaridzul on January 13, 2010 at 9:52 PM

love it!!!
keep writing uzair zain!

 

mu - iz on January 28, 2010 at 10:32 PM

just read ur story.. interesting.. stunned.. heh.. keep up de good work bro.. heh..

 

Anonymous on March 20, 2010 at 5:01 AM

The adulthood of people would categorically beatitude to endowed with the cleverness to tie-up with the at the start [url=http://onlineviagrapill.com]viagra online[/url]. This parcel into the open, reputedly masterly to entertaining points your ball, was the impound in support of on a chaperon manic unbiased a soup‡on [url=http://ativanpill.com]buy ativan[/url]. There are multifarious mid-point completeness slap in irons, who point of deem up to the hodgepodge of erectile dysfunction and the limit reorganize [url=http://cialis-love.com]buy cialis[/url].

 

Anonymous on August 5, 2010 at 5:55 PM

hi uzair..Congrats! U did a good job!
But i xsuka erhan. he's a super bitch. Cerita u ada roh. I can imagine every single words yg u tulis. I imagine as a erhan. Dunno la.. huhu

All the best.

 

Unknown on October 6, 2010 at 6:14 PM

best n taniah

 

Anonymous on July 16, 2011 at 2:00 AM

nampaknya i yg paling lambat komen setakat ney....hahaha

niway,,gudjob uzair...

I imagine i ney erhan...but,die jenis cepat berahi dgn jejanz....hayooo...

Bru hbs bace.ke season two pule...

Thumbs up!.^_^

a.s:::::::::::::::::::::::

 

Anonymous on February 9, 2012 at 5:42 PM

hi. baru terjumpa blog ni. the story is superb.. tapi bila nak continue to the next part?? love reading ur art work.. ;D

 

Anonymous on December 22, 2012 at 1:25 AM

Hi, guantanamera121212

 

Edjay on March 12, 2013 at 3:02 PM

Overall good story and presentation. Kadang2 hairan juga kenapa charactor Erhan dijadikan daripada innocent, budak yang baik, pendiam, hensem and later part of the story diperkembangkan sebagai charactor sangat tidak mempunyai perasaan atas perasaan yang lain. Edzham dah mencintai Erhan,Edzham dah bagi rumah tapi Ana pun dia sapu jugak. Ari pun dia nak jugak dan mungkin syed pun nak jugak... Aduh macam mana nie? Budak Erhan nie jenis makan semua ke? Adakah begini kehidupan PLU? Tidak adakah cinta setia ada pada Erhan? Sebab kesian, semua sapu....Anyway, I know this is only a story semata2 tapi.. mungkin ini sedang berlaku...

 

Anonymous on April 27, 2013 at 4:03 PM

mana yg part 2 nya?